Pages

Wednesday, August 15, 2012

26 Ramadhan

Bismillah.

26 Ramadhan 1433H.


Soalan diajukan pada diri : Apa yang aku dapat sepanjang ramadan kali ini?

Tersentak. Apa yang aku dapat sepanjang lebih 20 hari bulan mulia ini berlalu? Gembira, sedih atau sekadar berpuas hati dengan ibadah yang dilakukan? Bertemukah aku dengan malam Lailatulqadar yang dicari-cari? Atau sekadar leka bergembira & bersedih dengan manusia sekeliling?

Adakah aku tergolong antara yang mendapat cinta Ilahi? Berfikir sejenak.. 
Masa berlalu begitu pantas. Mungkin Ramadan kali ini masih belum dimanfaatkan sebaik mungkin.


"Petanda Ramadan kita baik, kita merasakan perjalanan masa tidak terlalu laju seperti dakwaan kebanyakan. Menikmati setiap detik yang hadir." (saifulislam, 2012)


Sedih disitu kerana masa seperti mencemburui aku. Nazar yang diniatkan masih belum disempurnakan. Haih.. Timbul pula persoalan yang lain: Cukupkah 4 hari yang berbaki ini untukku perbaiki diri? 
InshaAllah, dengan izin Allah. Buang rasa rendah diri itu sejenak demi mengejar keredhaan Allah.
Dalam diam, aku juga berharap dapat bertemu Ramadan yang seterusnya.. InshaAllah.








ps: note to self, stop hurting other ppl feelings. they deserve to be happy, ya'know. sometimes honesty & reality hurts.
"They said if you don't let it out
You're gonna let it eat you awayI'd rather be a cannibal, babyAnimals like me don't talk anyway" -The calendar

flickr stream.

www.flickr.com
frzee's geoforest park photoset frzee's geoforest park photoset

Followers