Pages

Thursday, August 4, 2011

tak payah.


Salam Ramadan semua :)


Seperti biasa, bila Hari Raya akan datang menjelma, akan kedengaran lah bunyi2 cement mixer, kayu di ketuk2, bunyi batu bata di belakang rumah menandakan rumah tersebut sedang di renovate. So mestila akan ada pekerja-pekerja yang menjadi buruh bukan? Dan kebiasaannya buruh2 ini tidak berpuasa sebab aku nampak diorang minum air. Tetapi itu bukanlah topic perbincangan kita pada hari ini :p

Nak dijadikan cerita, ada lah salah seorang buruh ni orang Minang. Abang aku selaku project manager selalu la borak2 dengan pakcik ni. Aku ni walaupun konon-kononnya ada darah keturunan minang (suku seri lemak minangkabau) tapi aku tak paham langsung sangat loghat minang ni. Yang aku tahu 'sakit paruik = sakit perut'. Sangat praktikal perkataan itu, hoho. 

So ada lah satu hari ni, abang aku cakap pakcik Minang tu bagitau, ‘Kalau tahu Al-fatihah, tak payah sembahyang..’ (sila baca dgn nada orang minang).  Haa apa korang pikir bila dengar orang cakap camtu? I was like, whaaaaaat pakcik?! My thoughts were, if you know/understand the meaning of surah al-fatihah you don’t have to pray. Sebab akan terjamin berada di jalan yang lurus. Tapi ajaran sesat sungguh la kan. Haha. Korang mesti akan terfikir benda yang sama, betul tak? *angguk angguk*


Ummul furqan Al-Fatihah


Tapi belum sempat aku nak digest maksud tersirat di sebalik ayat beliau, mak aku dah mencelah. "Tak payah tu maksud eh bukan tak yah/ tak perlu sembahyang, tapi tak payah = tak susah. Makno eh kalau dah tau camno nak baco alfatihah tak bersusah payah la nak smayang". Haaaaaa kau. Tipah tetipu. Nasib baik aku tak isytihar lagi kat blog aku yang pakcik minang ni bagi ajaran sesat. Heuheuheu. Tapi betul gak en ckp pakcik ni.. Hehe.


Itula padah kalau ada masalah komunikasi. Haha. So pengajarannya? Ada banyak. Fikir-fikir kan sendiri. Yang penting, jangan tinggal solat. Sebab kalau tau baca al-fatihah, tak payah semayang :P

flickr stream.

www.flickr.com
frzee's geoforest park photoset frzee's geoforest park photoset

Followers