Pages


Showing posts with label mahallah. Show all posts
Showing posts with label mahallah. Show all posts

Saturday, November 27, 2010

S.O.S


Indera Mahkota - Berita Utama Semasa.


Sekeluarga Sekumpulan monyet-monyet liar yang tidak diketahui dari mana asal-usulnya di jumpai melompat-lompat ke sana sini di Mahallah Talhah 2 (T3 T4 tak sure ye) pada hari ini sekitar jam 5.30ptg tadi.

Kejadian tersebut di mulakan dengan laungan-laungan manja penghuni2 T2 seperti,

"Korang~tutup tingkap..ada monyet." atau "Eh.. kau nampak tak monyet tu? Tu ha kat pokok tu ada 3-4 ekor. Tengah tunggu nak buat flip terjun sungai kot,"

tetapi berlanjutan menjadi semakin kronik apabila bukan sahaja monyet tetapi penghuni2 T2 juga mengganas dengan jeritan-jeritan supersonic,
 "AHHHH MONYET!!!" atau "WEHH, SAPE ADE KAT LUAR?? MONYET TU DAH BLAH BLUM? AKU NAK KUA TOILET NI!".

Bukti nyata yang ditinggalkan oleh encik (atau puan?) monyet.
Oh buat pengetahuan anda, monyet2 tersebut buat port makan dekat dengan toilet kerana terdapat tong sampah di pintu masuk toilet tersebut.


Sudah semestinya kerja sepah menyepah ni dilakukan oleh monyet  kerana kami manusia2 ni  bukan jenis makan nasi kat atas bumbung.
Haih tak elok makan tepi tangga nyet oi..

Based on self-reasoning, punca masalah tersebut masih belum diketahui. Adakah salah penghuni2 yang membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan, atau mungkin juga salah tong sampah tersebut kerana penutup nya susah untuk dibuka (jenis swing) lalu monyet fed up dan menterbalikkan tong itu, atau mungkin juga kerana hutan di belakang Mahallah kami sudah ketandusan buah-buahan yang membuatkan monyet2 teringin untuk makan nasi bungkus. Marilah kita sama-sama memikirkannya.

The culprit.


PS: haiwan kegemaran pah adalah monki. hihi
PSS: weh ape yg aku buat ni?? study physiology laa bukan post pasal monkey! adehhh -.-'

flickr stream.

www.flickr.com
frzee's geoforest park photoset frzee's geoforest park photoset

Followers